Blogger news

FAQ Takaful Prudential

Ruangan Soal-Jawab ini diharapkan dapat membantu anda menjawab pelbagai soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful.

1. Apa dia Takafulink?

Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.

-Perlindungan
-Simpanan
-Perubatan

Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan).

Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.

Terdapat 4 dana utama
 
- Dana Ekuiti
- Dana Ekuiti Dinasti
- Dana Urus
- Dana Bon

Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Bon.

Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.



Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan takafulink dari segi manfaat, akan tetapi polisi ini khusus untuk simpanan pelajaran anak pada masa akan datang. Perbezaan utama dalam polisi ini adalah, caruman percuma sekiranya pembayar (penjaga atau parent) mengidap penyakit kritikal, mati atau lumpuh kekal keseluruhan. Jadi, sama ada pembayar ada atau tiada, simpanan untuk anak tetap ada.

Manfaat lain sama dengan Takafulink.


2. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi? 

Apabila nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja. 
3. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?

Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.

4. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Takafulink Cerdik?
 
Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Takafulink Cerdik sehingga umur 25 tahun.

5. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

6. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?
- Credit Card
- Autodebit Bank
- Arahan tetap (Standing Instruction)
- Biro Angkasa
- Direct Transfer (Maybank2u/CIMBclicks)


7.  Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?

Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah. Sila rujuk -
1) Majlis Pengawasan Syariah

2) Senarai Operator Takaful

8. Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?

Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM100 sebulan manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan serendah RM50 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut faktor-faktor berikut :
  • Jumlah manfaat yang di ambil
  • Umur
  • Jantina
  • Pekerjaan
  • Merokok / Tidak Merokok
Selain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan. Untuk mendapatkan manfaat-manfaat dan jumlah sumbangan yang sesuai untuk anda, sila dapatkan Quotation Percuma .

 9) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?

Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :

  1. Kad Kredit
  2. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
    • Maybank
    • CIMB Bank
    • RHB Bank
    • Bank Simpanan Nasional
  3. Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
  4. Melalui internet - Maybank2u
  5. Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
  6. Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek
10. Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari akaun?

Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM4,000. Contohnya, apabila nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM10,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai sebanyak maksima RM6,000.

11. Apakah kegunaan Kad Perubatan?


Kad perubatan merupakan manfaat tambahan yang boleh di sertakana bersama-sama pelan Takaful keluarga Takafulink. Ini bertujuan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless). Anda hanya perlu membawa Kad Perubatan ini semasa membuat pendaftaran kemasukan ke Hospital panel.

12. Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?

Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital-hospital yang menjadi Panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen)

13. Kenapakah tuntutan saya di tolak?

Terdapat beberap faktor yang menyebabkan tuntutan anda di tolak oleh syarikat. Sila rujuk artikel "Kenapa Tidak Dapat Claim?"

14. Bagaimana cara untuk membuat tuntutan (Claim)?


Di PruBSN Takaful, kami sebagai ejen komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu daripada tanggung jawab ejen adalah membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada ejen butir-butir tuntutan (hospital, Doktor yang merawat,jenis penyakit, dsb) dan memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal,itemised bil dan laporan doktor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doktor semasa "discharge" adalah tidak mengapa, kerana ejen akan membuat follow-up bagi pihak pelanggan.


15. Berapa lamakah masa yang di ambil bagi mendapatkan sesuatu tuntutan

Membuat tuntutan memerlukan dokumen yang lengkap seperti yang telah di senaraikan di atas. Oleh itu, masa yang di perlukan bagi mendapatkan dokumen-dokumen (contohnya laporan perubatan dari doktor mungkin memerlukan masa antara 2 minggu hingga 2 bulan). Ini akan mempengaruhi tempoh masa bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Apabila semua dokumen yang di perlukan telah lengkap, syarikat akan mengambil masa 14 hari bekerja bagi memproses tuntutan tersebut. Anda di galakkan selalu berkomunikasi dengan ejen bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan tuntutan anda.


16. Apakah dokumen yang di perlukan bagi membuat tuntutan (Claim)

Membuat tuntutan biasanya memerlukan beberapa dokumen seperti berikut :

i) Tuntutan Bil Perubatan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
2) Resit Asal

3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

ii) Tuntutan Elaun Hospital / Elaun Pembedahan
1) Laporan perubatan dari pihak hospital
3) Itemised Bill

4) Borang tuntutan

iii) Tuntutan Kematian

1) Laporan pihak hospital
2) Salinan Sijil Mati (yang di sahkan)
3) Laporan port-mortem (jika berkenaan)
4) Sijil Takaful
5) Borang tuntutan

Di PruBSN Takaful, kami sebagai ejen komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu daripada tanggung jawab ejen adalah membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada ejen butir-butir tuntutan (hospital,Doktor yang merawat,jenis penyakit, dsb) dan memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal,itemised bil dan laporan doktor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doktor semasa "discharge" adalah tidak mengapa, kerana ejen akan membuat follow-up bagi pihak pelanggan.


Sebarang pertanyaan lain sila hubungi saya, Wan Ibrahim Wan Yusoff di talian 012 6543 629 untuk temujanji.

1 comments:

Saya dah mendapat medical card 15 bulan yang lalu.Saya membayar RM300 sebulan. Saya belum buat apa-apa tuntutan. Kalau saya nak terminate, berapa percent yang saya akan dapat balik?

Post a Comment