Blogger news

Friday, January 22, 2016

Kisah tauladan

Perkongsian dari seseorang yang saya boleh saya panggil "abang" kerna umurnya yang mencecah 50 tahun.

Beliau bercerita bagaimana beliau dahulunya seorang yang sangat negatif tentang insuran dan takaful. Bagaimana pun kerna satu insiden dan peristiwa telah mengubahkan pendiriannya untuk selama2nya. Beliau memulakan cerita....

Pada awal tahun 2015 beliau iaitu bulan januari anaknya kemalangan menaiki motosikal sewaktu pulang dari tempat kerja. Anaknya meninggal ditempat kejadian akibat kecederaan yang teruk.

Kesedihan yang teramat sangat dirasai kerna itu adalah anak lelaki sulungnya. Anak yang ditatang dari kecil dengan penuh kasih sayang. Padanya itulah bakal pembela keluarga semasa umur tuanya. Setelah 2 minggu bersedih diatas kematian anaknya itu, beliau dihubungi seorang Ejen Takaful memberitahu bahawa anaknya ada membeli polisi Takaful baru2 ini. Abang ini dengan rasa hairan kata " tak mungkin, sebab saya tahu anak saya ni takkan buat sesuatu tanpa meminta kebenaran saya"..

Satu pertemuan diatur diantara Ejen Takaful dengan abang ni untuk menunjukkan segala transaksi pembelian sijil takaful yang dibeli anaknya itu. Setelah diteliti memang benar anaknya ada memegang sijil Takaful syarikat tersebut. Beliau tidak menyangka bahawa anaknya itu baru sahaja menyertai pelan takaful itu 3 minggu sebelum kematiannya iaitu pada akhir bulan disember 2014.

Setelah ditunjukkan semua bukti2 itu, Ejen takaful berkenaan menyerahkan cek pampasan bernilai RM50,000 kepada beliau. Alangkah terkejutnya beliau dengan hanya sekali sumbangan dalam pelan takaful dapat pampasan sebegini. Tanpa diduga air mata jantannya mengalir membasahi pipi, terkenangkan anaknya yang seolah2 tahu akan ajalnya hampir tiba.

Beliau lanjut berbicara, "Wan buat betul2 kerja Wan ni, jumpa orang2 mcm saya yg dulu negatif tentang insuran takaful. Tak faham apa pun. Hanya dengar cerita kawan2 yang sama negatif tentang insuran takaful tanpa fahami apa yang sebenarnya".

Setelah beberapa ketika saya mohon mengundurkan diri kerna ada urusan yang lain pula. Salam dihulur tanda sampai masanya untuk kami berpisah, pelukan mesra sebagai penghargaan atas perkongsian pengalaman. Jelas wajahnya muram menampakkan lagi akan kesedihannya..

Begitu lah pengalaman sebagai ejen takaful. Pelbagai kisah suka duka orang ramai yang didengar. Banyak juga kes yang saya jumpa prospek yang berminat nk ambil pelan takaful tetapi suami tidak beri izin dan mcm2 lg.

Apa yang penting adalah "Apa yang akan kita ditinggalkan untuk anak / isteri / mak ayah / adik kakak selepas pemergian kita" Adakah hutang? atau sebaliknya.

Moga kisah ini memberi manfaat


0 comments:

Post a Comment