Blogger news

Saturday, August 4, 2012

Testimoni Pelanggan- Takaful Prudential


Berikut merupakan keratan testimoni seorang pelangan yang menulis artikel mengenai takaful prudential di laman blognya. Terima kasih di atas sokongan beliau.
------------------------------------------------------------------------
Rasanya ramai diantara kita yang dah membeli polisi insurans untuk diri sendiri ataupun untuk isteri/suami & anak-anak. Sekiranya anda sudah membeli, TAHNIAH diucapkan.
Sebelum ini saya kekadang bertanya kepada diri sendiri, sampai bila saya nak mengharapkan majikan untuk menanggung segala kos perubatan saya & ahli keluarga sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital. Apa yang akan terjadi sekiranya saya dah tak bekerja lagi dengan majikan sekarang?? Takkan nak tunggu dah diberhentikan kerja, umur dah meningkat @ dah dimasukkan ke hospital baru nak nak beli insurans kot!
Sebelum saya membeli polisi insurans sendiri, banyak jugak duit sendiri yang terpaksa dikeluarkan untuk membiayai kos perubatan isteri & anak-anak. Ketika itu rasa menyesal pun ada kerana tidak membeli polisi insurans. Sepatutnya duit simpanan itu boleh disimpan untuk kawin lagi pendidikan anak-anak @ tujuan lain. Tapi nak buat macam mana, bayar sajalah.

Atas kesedaran dan pengalaman yang telah dialami sendiri, pada tahun 2010 dengan rasminya saya membeli polisi  insurans takaful (perubatan + nyawa) daripada Pru Bsn Takaful untuk diri sendiri & isteri. Mungkin selepas ini saya akan cuba membeli insurans untuk anak-anak pulak sekiranya keadaan ekonomi saya mengizinkan.
Bagi saya, insurans banyak membantu meringankan bebanan kos perubatan saya & keluarga. Contoh yang paling terbaru apabila isteri  saya terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang dengan kos sekitar RM50k. Itu tidak termasuk kos rawatan susulan. Kalau tidak ada perlindungan insurans, mana mungkin saya mampu untuk membayar sendiri kos perubatan tersebut. Berapa tahun diperlukan untuk menyimpan wang sebanyak itu???
Penafian : blog ini sama sekali tidak ditaja oleh Pru Bsn Takaful Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment