Blogger news

Hubungi saya untuk temujanji di 012 6543 629

Ejen TakafulPrudential sepenuh masa yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda dan keluarga anda Sediakan perlindungan sebelum terlambat. Menyediakan perkidmatan konsultasi percuma ke seluruh Malaysia.

Pelan TERBAIK Untuk Keluarga Anda

Lindungilah keluarga anda dengan pelan terbaik dari kami.

ELAKKAN diri anda MUFLIS akibat sakit.

Ramai hutang Kad Kredit, bank untuk jelas bil perubatan swasta tinggi

Bila pesakit tidak dilindungi insurans

Dengan kos perubatan semakin menningkat, polisi insurans khususnya untuk penyakit kritikal menjadi AMAT PENTING.

BARAH, pembunuh dalam diam.

RM300,000 untuk rawat Barah. Jangan biarkan diri anda terbeban akibat terlambat membuat keputusan.

Saturday, August 4, 2012

Beza Takaful dan Insurans

Perbezaan utama antara takaful dengan insurans adalah pada kontraknya.
Kontrak insurans adalah berteraskan jual-beli, manakala kontrak takaful pula adalah berteraskan kontrak derma.
Daripada kontrak jual-beli insurans inilah yang melahirkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba, yang membawa kepada fatwa haram.
Alternatif kepada insurans adalah takaful, yang menggunakan kontrak derma untuk mengelakkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba tadi.
Tulisan ini bukanlah untuk menghuraikan secara ilmiah dan akademik berkenaan hukum hakam insurans dan takaful, kerana saya bukanlah pakarnya.
Untuk mendapatkan maklumat secara ilmiah tentang perkara ini, boleh rujuk perkara ini di blog Ustaz Zaharuddin: http://www.zaharuddin.net/

Takaful dan insurans sama?

Takaful hanya tukar nama sahaja, yang lain-lain semua sama sahaja dengan insurans konvensional”, kata seorang ejen “takaful” konvensional.

Sistem Takaful bukan menjawab persoalan pengharaman insurans. Sistem takaful hanya meniru struktur dan format insurans konvensional from A to Z dan ubah istilah bahasa Arab & guna aqad derma. Itu saja.”, dipetik daripada sebuah laman forum kewangan.

“Bagi orang Melayu pada masa itu, insurans merupakan satu ‘benda baru’ untuk mereka dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, ini telah membuatkan mereka membuat pelbagai tanggapan salah mengenai Life Insurans dengan mengaitkan Life Insurans sebagai satu jual-beli nyawa atau jual-beli pampasan”, tulis seorang perunding kewangan di dalam artikelnya.
Jadi di manakah sebenarnya perbezaan insurans dan takaful?

Adakah benar bahawasanya insurans dan takaful sebenarnya menggunakan sistem yang sama?
Betul, insurans yang ada hari ini berasal daripada Barat. Insurans yang pertama dipercayai wujud adalah insurans perkapalan. Ia berasal daripada Eropah pada zaman pedagang-pedagang Inggeris belayar menggunakan kapal. Kapal-kapal ini terdedah kepada pelbagai musibah seperti lanun, karam, ribut, tsunami dan lain-lain. Maka daripada situ, mereka berpakat dan timbullah istilah insurans dan dimodenkan sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Sistem takaful yang ada sekarang mengguna sistem pengiraan yang sama dengan apa yang ada di dalam insurans yang telah dimodenkan tersebut.

“Jadi, betullah takaful ini berasal daripada insurans?”, ada pula yang berkata begitu.
Oh, tidak semestinya begitu kesimpulannya. Dari segi sejarah Islam juga, sistem yang sama telah diguna pakai pada zaman dahulu oleh pedagang-pedagang Arab. Jika di Eropah, para pedagang menggunakan kapal, pedagang Arab turut menggunakan kapal. Bukan kapal laut, tetapi kapal padang pasir; unta!
Mereka juga terdedah kepada pelbagai musibah seperti perompak, ribut padang ipasir, dan sebagainya. Maka daripada situ, mereka berpakat untuk berkongsi risiko, dan timbullah istilah “takaful”. Cuma takaful yang diamalkan oleh mereka tidak melalui proses pemodenan sebagaimana proses pemodenan insurans tadi.
Justeru, apabila takaful yang ada hari ini diwujudkan, ia menggunakan sistem yang telah lama wujud di dalam sistem insurans. Sistem takaful akan menilai dan hanya menerima perkara-perkara yang dibenarkan syarak sahaja. Sebagai contoh sistem pengiraan premium dan sistem ejensi.

Sebarang unsur yang tidak menepati kehendak syarak, akan dicari alternatif atau dibuang.
“Jadi, ini menunjukkan takaful menggunakan sistem yang sama! Maka tiada bezanya kita menggunakan insurans atau menggunakan takaful”, nampaknya masih tidak puas hati.
Yong-tau-fu: halal atau haram?
Mungkin penerangan sebelum ini masih ilmiah. Jika begitu, saya mengambil analogi yong-tau-fu.
Ya, yong-tau-fu.
Yong-tau-fu adalah makanan masyarakat Cina. Menu asal Yong-tau-fu adalah tauhu yang dicampurkan dengan kuah pati ikan atau khinzir. Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Yong_tau_foo
(nota: saya tidak pasti terjemahan untuk “meat paste of fish and pork” yang terdapat di dalam wikipedia, yang saya terjemahkan sebagai kuah pati ikan atau khinzir)
Hari ini menu ini sudah berubah dengan pelbagai bahan-bahan lain, seperti telur, sayur, sosej, dan sebagainya.

Sekiranya yong-tau-fu asal haram dimakan oleh orang Islam, kerana kandungan menunya adalah kuah pati khinzir, adakah ia masih haram sekiranya tiada lagi unsur tersebut?
Yong-tau-fu tidak boleh dimakan bukan kerana namanya yong-tau-fu. Sekiranya ia ditukar nama kepada “yong-tau-fu Halal”, atau “yong-tau-fu Islam”, atau “yong-tau-fu Ahmad”, ia masih lagi belum cukup syarat halal sekiranya ia masih menggunakan kuah pati khinzir!
Begitulah juga halnya dengan takaful dan insurans.

Fungsi insurans dan takaful adalah sama, iaitu untuk memberi perlindungan. Yang membezakan bukanlah premiumnya, bukanlah proses underwritingnya, atau juga bukanlah berapakah jumlah pampasannya. Atau juga bukanlah komisennya.

Ada beberapa perkara yang sama, dan ada beberapa perkara yang tidak sama. Asasnya ia dibezakan dengan kontrak yang mewujudkan takaful ataupun insurans.
Yang ada unsur haram itu; riba, judi dan ketidaktentuan.
Takaful halal bukan kerana namanya takaful, dan insurans adalah haram bukan kerana namanya insurans.



Tips Untuk Memilih Insurans Yang Betul


Ramai yang tertanya-tanya macamana nak pilih company yang betul, produk yang betul, agent yang betul, budget yang betul dan banyak lagi persoalan lain semasa nak beli insurans

Tips No 1 : Company Insurans Yang Betul

Mudah sahaja, bila kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang betul, caranya mudah pergi ke hospital tanya pada kaunter "kalau saya nak beli insurans company apa yang saya patut pilih", keperluan memilih company yang betul, sudah tentulah company yang akan membayar tuntutan anda dan company yang stabil dan kukuh dari segi kewangan. Pilihan yang betul juga penting kerana, jikalau company yang anda pilih bankrupt dan anda perlu ambik insurans sekali lagi, sekiranya ada sudah ada penyakit....sorry,company lain takkan layan. Untuk maklumat anda setiap company insurans akan mengenakan "admin charge" dan biasanya selepas tahun keenam akan habis. Rugilah anda terpaksa bermula sekali lagi dengan company lain, jadi "admin charge" jadi double.

"kalau nak tahu Prudential vs Others bleh call saya takleh share kat sini...rahsia...by appoinment only....biasanya kalau jumpa saya mesti ambik Prudential - we are number one"
 
Tips No 2 : Produk Yang Betul


Sekiranya anda memilih produk pilihlah produk yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, kenapa? sebab purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi pilihlah produk yang memberi perlindungan guarantee sehingga 80 tahun (Prudential BSN Takaful - Takafulink) dan 100 tahun (Prudential Assurance Malaysia Berhad - Prulink One). Sekiranya anda pilih produk yang maksimum tempoh perlindungan maka anda ada option untuk untuk berhenti pada bila-bila masa sekiranya anda mahu. Sekiranya anda ambil produk yang ada tempoh matang contohnya pada umur 55, selepas umur 55 polisi anda matang, anda kena ambil plan baru sekiranya anda inginkan perlindungan baru. Ingat....

1) Kita tak pasti ada kencing manis darah tinggi.
2) Admin chargers tahun bertama hingga tahun keenam kena sekali lagi.
3) Umur 55 hingga 75 "maintenance tinggi" premium mahal...

Term Insurans @ Full Life Isurans

Biasanya saya cadangkan anda ambil Full Life Insurans dahulu baru ambil tambahan plan term life insurans, kenapa? Sebab kalau anda ambik term insurans macam sign contract dengan pensel boleh padam bila-bila sebab tempoh perlindungan akan expired dan tiada guarantee extension tetapi kalau full life insurans contract anda macam sign dengan pen, ia akan berada di sana ketika anda perlukan sekiranya bayaran premium anda cantekkkkk.


Tips No 3 : Budget Yang Betul 


Bagi saya budget adalah penting kita mampu dan yang di antara 5% - 10% daripada pendapatan anda. The best polisi bukannya polisi yang mahal anda bayar 3 bulan lepas tu tak nak bayar sebab premium terlampau besar, polisi yang kecil pun takpa premuimnya janji bila anda perlukan anda boleh guna manfaat daripada plan yang anda beli. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, jangan risau tiada paksaan untuk ambil. Tugas saya menerangkan kepada anda dan tugas anda untuk buat analisis dan buat keputusan samaada untuk ambil atau tidak.



Testimoni Pelanggan- Takaful Prudential


Berikut merupakan keratan testimoni seorang pelangan yang menulis artikel mengenai takaful prudential di laman blognya. Terima kasih di atas sokongan beliau.
------------------------------------------------------------------------
Rasanya ramai diantara kita yang dah membeli polisi insurans untuk diri sendiri ataupun untuk isteri/suami & anak-anak. Sekiranya anda sudah membeli, TAHNIAH diucapkan.
Sebelum ini saya kekadang bertanya kepada diri sendiri, sampai bila saya nak mengharapkan majikan untuk menanggung segala kos perubatan saya & ahli keluarga sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital. Apa yang akan terjadi sekiranya saya dah tak bekerja lagi dengan majikan sekarang?? Takkan nak tunggu dah diberhentikan kerja, umur dah meningkat @ dah dimasukkan ke hospital baru nak nak beli insurans kot!
Sebelum saya membeli polisi insurans sendiri, banyak jugak duit sendiri yang terpaksa dikeluarkan untuk membiayai kos perubatan isteri & anak-anak. Ketika itu rasa menyesal pun ada kerana tidak membeli polisi insurans. Sepatutnya duit simpanan itu boleh disimpan untuk kawin lagi pendidikan anak-anak @ tujuan lain. Tapi nak buat macam mana, bayar sajalah.

Atas kesedaran dan pengalaman yang telah dialami sendiri, pada tahun 2010 dengan rasminya saya membeli polisi  insurans takaful (perubatan + nyawa) daripada Pru Bsn Takaful untuk diri sendiri & isteri. Mungkin selepas ini saya akan cuba membeli insurans untuk anak-anak pulak sekiranya keadaan ekonomi saya mengizinkan.
Bagi saya, insurans banyak membantu meringankan bebanan kos perubatan saya & keluarga. Contoh yang paling terbaru apabila isteri  saya terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang dengan kos sekitar RM50k. Itu tidak termasuk kos rawatan susulan. Kalau tidak ada perlindungan insurans, mana mungkin saya mampu untuk membayar sendiri kos perubatan tersebut. Berapa tahun diperlukan untuk menyimpan wang sebanyak itu???
Penafian : blog ini sama sekali tidak ditaja oleh Pru Bsn Takaful Sdn Bhd.

Pelan Pendidikan Anak-Anak bersama Takaful Prudential

Ramai diantara kita yang dianugerahkan anak yang cemerlang. Oleh itu, janganlah sia-siakan kecemerlangan 
mereka. Sediakanlah sedikit bekalan untuk mereka untuk dewasa kelak. Tambahan pula, perbelanjaan untuk melangkah ke alam 'tertiary education' atau Universiti adalah sangat tinggi.

Produk terbaru Takaful Prudential iaitu EduSmart Bonus menyediakan GANJARAN untuk anak anda yang cemerlang di dalam peperiksaan. Nah, kini bukan sahaja dapat coverage dari segi perubatan, malahan dapat Ganjaran wang tunai pula! Oleh itu kepada sesiapa yang masih belum mempunyai pelan untuk anak anda yang tersayang, kini tepat masanya jika anda mulakan langkah bijak sekarang!

Untuk keterangan lanjut, hubungi saya di  talian 012 6543 629 dan saya akan memberi penerangan secara terperinci.

 

Kisah sesalan - Takaful Prudential

 
"Saya dah ada insurance company, mengapa perlu saya ambil polisi insurans lain?"

Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi apakah kesannya kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent PruBsn Takaful  bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.


Okay, ini cerita saya tentang orang yang taknak ambil personal insurance/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.


1. Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth PruBSN di Jusco Alpha Angle.


2. Dia kata nak ambil medical card PruBSN untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.


3. Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.


4. Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang taktau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.


5. Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia taknak ambil personal insurance sebab company dia cover unlimited medical bill.


6. Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.


7. Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.


8. Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.


9. Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.


10.Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.


11.Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.

12.Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact PruBSN dulu untuk kepastian.


13.Saya call leader saya iaitu azizriadi dan consult tentang kes saya ni.


14.Azizriadi kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor’s report, tapi still Prudential reject application prospect tu.


15.Prudential suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last2 kena reject juga.


16.Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?


17.Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.


18.Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dgn masa depan family dia.


19.Moral of the story – walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.


20.Anda taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It’s up to you.


21.Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.


22.Anda rasa anda bagaimana? Renung-renungkan lah dan selamat beramal.

"UTAMAKAN KESIHATAN. JADIKAN KISAH INI TAULADAN."
 
 
 

Kos Rawatan Kanser. Adakah anda bersedia?


Kos rawatan yang tinggi kini menjadi bebanan kepada kita semua.













Monday, June 4, 2012

Peluang kerjaya bersama Takaful Prudential



“Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada Part Time atau Full Time, berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.”

Permohonan Agent baru

Syarat Kelayakan (minimum)
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)




Ramai orang yang saya jumpa dan berkongsi cerita mengenai kerjaya sebagai seorang perancang kewangan...atau lebih senang Agent Insurance...tidak tahu secara mendalam bagaimana pendapatan sebagai seorang agent insurance. Yang biasa diorang tau, commission dapat 6 tahun. Itu sahaja....kalau dengar memang lumayan, tapi ada juga term and conditionnya. Di sini saya akan kongsikan peluang pendapatan apa bila anda menceburi bidang ini.



Ok, cuba kita lihat gambarajah di atas ni. Figure di atas ini adalah anggaran dengan kiraan seperti berikut.

(Contoh yang diberikan di bawah adalah anggaran sahaja)

Dalam sebulan ada 30 hari. Katakan lah anda bekerja 6 hari seminggu (sebab kerja sendiri, kena le kerja kuat tahun pertama buat business). Jangan samakan dengan kerja dengan orang. Kalau kerja dengan orang boleh kerja kuat, takkan kerja untuk diri sendiri nak malas2.

Ok, berbalik kepada statement tadi. 6 hari seminggu. Sebulan ada 4 minggu. Secara purata (agent yang biasa2 je performance dia)....seminggu dapat 3 cases (Nota : 1 case = 1 client = 1 policy terjual). 1 case premium RM 150 sebulan. Commission utk tahun pertama dan kedua 25%.
Ok, secara ringkasnya
- 1 Bulan 4 minggu
- 1 minggu 3 cases
- 1 case RM 150 sebulan
- Commission 25%

Total cases sebulan adalah 4 minggu x 3 cases seminggu = 12 cases. (saya amik contoh 10 cases sahaja sebab kekadang kita tak dapat seperti yang kita jangkakan...

Commission 25% x 150 (premium sebulan) = RM 37.50 utk satu case. Kalau 10 cases = RM 375.

Jadi,

Bulan ke-1....Rm 375...sila rujuk rajah di atas.

Bulan ke -2 *(client amik insurance akan bayar premium setiap bulan utk tempoh yang lama....20 tahun, 30 tahun dan sebagainya, jadi payment bulan sebelumnya still berjalan). Di tambah lagi dengan 10 cases yang baru i.e biasa di prudential kita panggil New Business. Berapa kita punya income bulan ke-2? production sama macam bulan pertama. Sebulan 10 cases sahaja. Income kita naik Rm 375 , total = RM 750.

Bulan ke-3, sama juga kita dapat 10 cases (New Business) dan income akan naik lagi Rm 375.

Bulan-bulan seterusnya....pertambahan demi pertambahan setiap bulan. Lihat gambarajah.

Itu baru tahun pertama. Untuk pengetahuan semua, tahun ke-1 dan tahun ke-2 commission sama 20%+5%.. Jadi kalau tahun ke-2, kita buat method yang sama, income sebagai agent pada tahun ke-2 adalah 2 kali ganda daripada tahun pertama. So, lihat sahaja perbezaan penambahan income sebagai agent insurance dibandingkan dengan increment kalau kita makan gaji.

Mungkin anda masih ragu2. Seperti yang saya citer di atas. Percaya atau tidak, saya dah laluinya..dan ramai yang dah laluinya...dan saya sekarang trained agent saya untuk melaluinya.

Tidak dinafikan, mungkin dalam ramai2 client yang kita dapat, ada yang tak mampu nak teruskan...so, kalau dah ditolak dengan orang yang stop dan tak mampu nak buat bayaran premium...katakan lah income kita tahun ke-2 sepatutnya RM 9,000 (refer gambarajah di atas)...tapi sebab ada yang dah tak bayar, income kita drop kepada RM 7,500 sebulan.

Tapi perlu diingat, setiap bulan kita mencari client baru,....so, income kita tetap akan bertambah.

Income yang saya sebutkan ni tak termasuk dengan bonus dan incentive yang company bagi dalam bentuk contest cash...So, baru tahun ke-2...masuk tahun ke-3...tahun ke-4. Kalau ikutkan track record agent yang join kami, dalam masa 3 tahun atau 4 tahun, income mereka akan mencecah 5 angka setiap bulan. Dan naik setiap bulan..

Bonus kalau dengan performance seperti contoh di atas..anda layak mendapat 13% dari jumlah sales...kalau setahun sales dalam RM 216,000.

Macam mana nak dapat 216,000 tu?

Macam nie kiraannya

(150 premium sebulan x 12 bulan = 1,800 untuk satu case). Kalau 10 case sebulan...10 case x 12 bulan = 120 cases setahun.

Total production : 1800 x 120 = 216,000.

Potential bonus : 13% x 216,000 = RM 28,080.

Bonus akan diberikan 2 kali setahun, secara ringkasnya amount 28K tu dibahagikan kepada 2...iaitu 1/2 akan dibayar pada 21/01 dan 1/2 lagi pada 21/07 setiap tahun. So, bonus 6 bulan sekali....Ini tak termasuk commission yang anda dapat setiap bulan.

Kalau anda lihat, dari segi growth...mungkin ada yang mengatakan, buat insurance lambat kaya, lebih baik buat MLM atau Unit Trust, sebab diorang dari segi income cepat dapat 5 angka. Mungkin dalam bulan 3-4 dah boleh cecah 5 angka....tapi, berani saya katakan...kalau insurance nie, katakan anda dah mencapai income stabil dalam RM 4,000 ke RM 5000 sebulan...tetiba anda tak sihat dan terpaksa berehat sampai 2-3 minggu. Then selepas sihat, start kerja tak de sales...income tetap masuk 4-5K....tapi kalau business lain bagaimana? Bukan saya nak condemn MLM or Unit Trust (memang tak dinafikan, business mereka juga hebat). Saya cuma berikan contoh secara umum. Sebab saya selalu sangat ditanyakan oleh prospect agent mengenai perbandingan business insurance dengan 2 jenis business ini i.e MLM dan UT. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Sebabnya, ada beberapa agent Unit Trust join saya disebabkan apa yang saya cerita di atas. Beliau kena demam denggi, 2 minggu masuk wad, dan lepas keluar wad, badan lemah2, tak boleh nak buat sales. Akhirnya, bulan depannya, cucuk duit kat ATM..commission '0'. Then, selepas itu baru beliau sedar, mengenai apa yang saya nyatakan di atas.

Ini saya hanya cerita income potential sebagai agent, belum sebagai Unit Manager, Agency Manager, Senior Agency Manager lagi.

Akhir sekali, apabila anda dah tahu macam mana nak cari duit dan kumpul duit...baru le mudah nak buat investment yang lain....baru le senang nak buat account OD... :D


Friday, June 1, 2012

Prudential BSN Takaful


Seperti mana yang anda sedia maklum di negara ini terdapat pelbagai syarikat insurans dan Takaful khasnya yang mana menyediakan pelbagai pelan takaful dan insurans mengikut keperluan dan bajet individu. Namun di sini suka saya nyatakan kenapa anda perlu memilih pelan takaful khususnya dari Prudential BSN Takaful.

8 SEBAB UTAMA Menapa Anda Harus Memilih Prudential BSN Takaful?

1. Pengalaman 154 tahun di dunia dan 88 tahun di Malaysia. Jika ditanya hospital pakar contohnya  Ampang Puteri, Gleaneagles, SJMC, Takaful apa yang membayar claim bil hospital dengan cepat, (good pay master)…mereka akan jawab "Prudential BSN Takaful".

2. Prudential BSN merupakan syarikat antarabangsa yg mempunyai kepakaran insuran yg mendapat lesen takaful di Malaysia (bergabung dengan BSN 51% saham, Prudential 49%). Sebab itu kena pilih syarikat yg kukuh, ada jaminan syarikat akan tetap wujud walau beratus tahun akan datang.

3. Satu-satunya syarikat yang mencatat rekod jualan tertinggi di Malaysia melebihi RM 1Billion. Apakah maksud disebalik angka ini? Sudah tentu kepercayaan terhadap produk dan servis syarikat.

4. Produk komprehensif. Ada investmet, retirement, education, medical card, investment link, takaful dan saving.

5. Syarikat takaful pertama menawarkan plan medical card, pelaburan, pendidikan,pesaraan,dll

6. Kadar keuntungan tinggi tahun 2007- 33%, sila lihat majalah Personal Money Jan 2008.

7. Prudential kerana kepakaran 154 tahun dan BSN syarikat milik kerajaan..”

8. Agen yang berdedikasi serta terlatih sedia mendengar dan memahami keperluan anda dalam memilih pelan takaful yang bersesuaian.

Jadi sekiranya anda tercari-cari apakah produk takaful yang dapat memenuhi keperluan perlindungan takaful, laman ini adalah untuk Anda dan InsyaAllah saya akan sedia membantu melengkapkan keperluan anda.